| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
Aku Tanya
Mereka Cakap
Blogroll
Categories
Tentang KITA
August 13th, 2009 by flora87
Setiap pertemuan pasti akan ada berakhir dengan perpisahan.. Sudah menjadi lumrah dalam sesebuah perhubungan.. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Biarkan sahaja kenangan beranting di usia.. Selama aku masih bisa bernafas dansanggup berjalan.. Aku akan selalu memujamu.. Walaupun sudah tertulis dalam kisah ini, kau bukan tercipta untukku..
Pernahkah kau membayangkan, perasaan bila ‘patah hati’.. Segalanya telah aku rasakan kini.. Siang seperti malam dan keindahan pelangi seperti berwarnakan kelam.. Ketahuilah, aku terasa sakit ketika menatap gambar wajahmu.. Aku sakit ketika mendengar suaramu.. Bangunkan aku dan sedarkan aku tentang kau bukan milikku lagi.. Aku salah bila masih lagi berharap padamu.. Ini salahku.. Tapi kau tak tahu perasaanku dan aku tak mahu kau tahu semua itu..
Setiap detik dalam hidupku, nafasku, langkahku, mimpiku.. aku masih lagimengingati dirimu.. Betapa bermaknanya kau dalam hidupku.. Namun perasaan itu tidak lagi penting bagimu.. Akukah yang terlewat selama ini.. Tidak sedar akan perasaan sendiri atau aku sungguh egois ketika bersamamu.. Walaupun begitu, kau tetap yang terhebat dalam hidupku..
Tapi semua itu sudah terlambat.. Kini semuanya telah berakhir, mungkin inilah yang terbaik dan aku mesti merelakan kenyataan ini dengan hati yang terbuka.. Walaupun pedih untuk menerimanya namun jika kau bahagia dengan keputusanmu itu.. Pergilah kau mengejar cinta yang lain.. Terima kasih cinta!!!
Posted in Current Affairs | | | 1 Comments
Yang Ku Mahu
July 22nd, 2009 by flora87
Banyak sungguh yang aku inginkan dalam hidup ini.. cuma tak pasti dan tahu bagaimana untuk mencapai semua yang aku impikan tu.. hidup di dunia ini hanya sekali, sampai masanya nanti kita bakal menempuhi alam yang lain.. jadi sebelum sampainya waktu untuk aku pergi, aku ingin capai apa yang aku kehendaki..
1. Kebahagiaan - Yang kutahu cinta itu indah, yang ku ingin tahu.. dimanakan kucari insan yang boleh mengembirakan hati, menyayangi diri ini, menerima kasih dan sayang yang ingin aku beri..
2. Ketenangan - Mencari kedamaian dalam hati.. jiwa ku kini penuh dengan kekusutan.. banyak masalah yang kuhadapi, datang bertubi-tubi..
3. Kejayaan - Aku ingin menjadi insan yang berguna buat diri, keluarga dan insan sekeliling.. aku ingin membuat mereka bangga dengan usaha keras aku..
4. Kesihatan - Bila aku sihat, akal fikiran aku pasti boleh berfungsi dengan baik.. maka akan aku gunakan peluang yang ada (tubuh badan & minda rasional) untuk membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan telus..
Buat masa ini, detik ini.. hanya itu sahaja yang aku mahu.. benarlah kata pepatah melayu dahulu kala.. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada.. aku juga sama seperti mereka tapi itu tidak mematahkan semangat aku, maka aku akan terus berusaha untuk mencapai apa yang aku mahu..
Posted in Current Affairs | | | 0 Comments
Adakah Aku Yang Bersalah??
July 15th, 2009 by flora87
Mungkin ada benarnya kata-kata seseorang.. jika kita tidak berani mencuba mana tahu wujudnya keserasian antara kita.. yer itu benar tetapi hati ini masih tidak dapat menerima kenyataan yang tertera di depan mata.. “dia” bukan milikku lagi.. hmm..
Apalah erti cinta suci,
Andai janji-janji sering dimungkiri,
Apalah erti cinta murni,
Andai kata-kata sering didustai..
Bait-bait lagu ini mengingatkan daku dengan kata-kata manisnya sehinggakan ku takut untuk menerima cinta yang lain.. ku tahu, ku jua sedari incik “Y” tidak seperti itu.. tapi kata hatiku kuat menyatakan incik “Y” bukan ditakdirkan untukku..
Posted in Current Affairs | | | 1 Comments
Benarkah aku??
June 9th, 2009 by flora87
Aku hampir bisa melupakan dirinya.. tetapi kenapa semakin aku cuba untuk melupakan semakin aku mengingati dirinya?? adakah aku yang benar-benar cinta?? adakah aku benar-benar sayang padanya?? hati ini bukan milik sesiapa lagi.. tapi kenapa dia?? susah untuk ku luputkan kenangan lalu.. bagi dia pasti ianya mudah.. cinta oh cinta.. kenapa aku seringkali menderita kerana cinta?? kenapa dia buat aku begini?? apa salahku??
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Hanya Ingin Kau Tahu
April 11th, 2009 by flora87
Tiada kata seindah bahasa yang dapat kunyata mahupun ku ungkapkan.. Tiada aura yang dapat menarik mata hati ini dari memandang raut wajahmu.. Tiada arah yang dapat menolak atau membawa diriku untuk berpaling dari menyayangimu.. Hanya perasaanku ingin mencuba untuk melupakan dirimu tapi tak bisa kulupuskan dari kotak fikiran ku.. Kucuba dan terus mencuba, jika aku gagal juga.. Bantulah aku agar bahagia tanpa dirimu..
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Cintaku Dalam Kenangan
April 8th, 2009 by flora87
Walaupun tempoh perkenalan kami sangat singkat, namun ianya telah menerbitkan 1001 harapan untuk mengecapi kebahagian.. benar kata orang-orang tua, cinta tak kenal siapa.. cinta datang dan pergi tanpa dipaksa.. cinta tak mengenal rupa, darjat dan agama.. hanya pencinta setia sahaja yang mengetahuinya..
Seandainya dikau memahami isi hatiku, pasti kita takkan seperti ini.. kutahu dan kusedar kita datang dari dunia yang berbeza.. cara yang berbeza.. namun telah ku anggap kekuranganmu sebagai kelebihan dan kelebihanmu sebagai ransangan.. tapi apakan daya ianya sekadar igauan diriku seorang.. impian bersama hanyalah kenangan..
kuabadikan potret mu dihatiku, kuleraikan air mataku sebagai ingatan terhadapmu.. kulafazkan ikrar untuk mencari kebahagian buat diriku.. kudoakan dikau agar bahagia selalu.. kutitipkan salam sayang buatmu duhai kekasih hatiku.. terima kasih atas segalanya..
Posted in Uncategorized | | | 8 Comments
My Industrial Training
November 2nd, 2008 by flora87
Waa..takutnya menanti 1/12 ni..first time dalam hidup nak menjejak kaki ke office (uni putra msia)..gerun seh..apalah tugas2 yang bakal aku dapat..pening2..pas2 kena wat report lagi..hope sumenya berjalan dengan lancar nnt..amin..doakan aku yer.. =)
Posted in Current Affairs | tagged 1/12/08 - 20/2/09 | | 5 Comments
Doa Buat KEKASIH
November 2nd, 2008 by flora87
Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantilah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
“amin…”
Posted in Current Affairs | tagged 20/7/08 | | 2 Comments
Cuti Sem Ni..
May 23rd, 2008 by flora87
tiada ape yg berlaku sbnrnya… sje nk bikin gempaq.. papehal keep update dgn http://florallan87.blogspot.com
Posted in Current Affairs | | | 4 Comments
kawan
August 18th, 2007 by flora87
hidup ini mstilah berkawan..kalau seorang tak bahagia lah jawabnya..sy mempunyai seorang kawan..walaupun diluar dia nampak bahagia tp sy tau dia ada bnyk mslh..hnye aku, dia, dan tuhan je yg tau..sebagai kawan ape yg blh aku bntu??pening jugak bila memikirknnya..hmmm…
Posted in Uncategorized | | | 3 Comments
« Previous Entries